|
Sinar Iltizam Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat Milik penuh bumiputra yang ditubuhkan pada tahun 2001 & telahpun berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Berdasarkan kepada polisi pemasaran bersepadu dengan disokong oleh keteguhan kewangan dan didukung oleh tenaga manusia yang dinamik, berinovasi tinggi, proaktif dan sentiasa berganding bahu bersama pembekal & pengeluar produk yang berkenaan, kami percaya akan berkembang kearah menjadi syarikat utama dalam bidang perkhidmatan Peralatan Mesin Pejabat dengan jayanya.
Matlamat Dan Misi |
» |
Berpegang teguh kepada falsafah “Perkhidmatan Cemerlang” untuk membekalkan perkhidmatan yang berkualiti dan menawarkan barangan pada harga yang berpatutan kepada pelanggan. |
» |
Menjadi salah satu syarikat yang terunggul dalam perniagaan dan perkhidmatan peralatan pejabat terutamanya pembelian, penyewaan dan penyelenggaraan mesin penyalin. |
» |
Berterusan meneroka pasaran baru terutama pasaran organisasi kerajaan mahupun organisasi swasta. |
» |
Sentiasa menyediakan barisan juruteknik yang berpengalaman, terlatih dan produktif. |
|